My Followers

August 7, 2011

Kisah Gaji, Ibu dan Anak

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni dah masuk hari ke-7 umat Islam berpuasa. Memang masa terasa cepat berlalu. Tup tup, pejam celik, pejam celik, nanti dah nak raya dah. Hehehe (belum pape lagi dah countdown untuk raya...tssskkk). Alhamdulillah, minggu lepas aku dah dapat merasa gaji pertama. Hasil penat lelah (penat lar sangat kan?) selama 2 bulan sebagai promoter akhirnya membuahkan hasil.  Gaji untuk bulan pertama as a part timer takdelah banyak sangat. Dapat lar dalam RM500++. Itupun dah kira syukur sangat sebab tak payah mintak duit belanja dari Abah & Mama. Tak tahu kenapa, aku memang segan kalau nak mintak dengan parents. :P Sebenarnya, memang daripada awal lagi aku dah niat masuk jer first salary, I'm going to treat my family for lunch. Alhamdulillah jugak, niat aku dipermudahkan Allah. So last Sunday, which was a day before we started our fasting month, we went to ECM's Pizza Hut. (Yer..yer..aku tau. Takdelah mahal sangat tempat aku makan tuh. Bragging jer lebih T-T). Nak dijadikan cerita masa dalam kereta, Mama ada bagitau kisah pasal jiran aku. And you know what, it was really surprised me! Alkisahnya, anak jiran aku ni dah tamat degree tapi masih tak bekerja yang setaraf dengan kelulusan die. Aku pun tak pasti sama ada dia memang malas nak cari kerja atau tak dapat keje yang sesuai sebab nyer rasa cam dah lame die ni grad. So, sementara tu si M (bukan nama sebenar) keje kat kedai jual waffle kat supermarket dekat dengan rumah aku nih. Tapi tak lame sangat la die kerja. Ade lar dalam sebulan. Satu hari, si Emak ni pun bertanya dekat si M:

Emak: Awak dah dapat gaji ker?
Si M: Dah.
Emak: Berape gaji awak dapat? (Nak tau ape reaksi anak die??)
Si M: Mak ni sibuk jer nak tau duit poket orang!!!! Semua mende nak amik tau!!! Orang nak simpan duit ni nak pegi holiday!!! (memang serius cakap, si M memang bercakap dalam nada yang sangat kasar).

Si Emak ni pun pergi la mengadu dengan seorang lagi jiran aku ni perihal anaknya. Ibu mane yang takkan terasa hati dgn perbuatan anaknya. Apa yang menjadi persoalan di sini, wajar ke seorang anak bercakap kasar dgn ibunya oleh kerana si ibu bertanya berapa gaji yang si anak dapat setakat jual waffle? Itu belum lagi dapat kerja yang bagus tapi dah berlagak. Padahal, si emak bukan nak mintak duit si M ni pun. Sekadar bertanya jer. Si M ni sedar tak selama ni siapa yang tanggung makan minum kat die? Rumah siape yang die duduk sekarang? Siapa yang bayar duit kereta yang die pakai? Dan siapa yang bayar yuran pengajian masa belajar? Menurut cerita, emak si M ni sanggup pegi kerja naik motor dengan suami sebab takde kereta since dua2 kereta yang ade sume anak2 nye pakai & nak jimatkan kos. Tapi si M ni plak boleh nak tunjuk lagak sebab ada kereta. Itu baru jual waffle, dah jadi berkira dengan mak bapak. Kalu dah jadi pegawai, tak tahu la ape nak jadi. 

Pada pendapat aku, tak salah rasanya kalau seorang anak membelanjakan wang kepada ibu bapanya walaupun sedikit sebab nikmat dan berkat yang kita akan dapat daripada Allah S.W.T jauh lebih besar ganjarannya. Insyaallah, Allah S.W.T akan luaskan lagi pintu rezeki selagi kita berbakti kepada orang tua kita.

p/s: Kisah ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tapi sekadar untuk dijadikan teladan dan pengajaran terutama kepada anak-anak. Tak lupa juga sebagai peringatan untuk diri sendiri. Semoga Allah jauhkan diri aku daripada menjadi anak yang derhaka. Amin ya rabbal alamin.



No comments: