My Followers

Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

August 22, 2011

My new Lover

   
Ini kekasih baru aku. Nama die Mr. Reddie.
Mama baru hadiahkan phone ni last week which was on 17th August.
Kalau tak silap masa cuti Nuzul Quran hari tuh.
Happy giler sampai tak terungkap dgn kata2 <--poyo jer ;P
Mr. Reddie datang bersama keluarganya iaitu, Ms. Speakie :)
Sama-sama warna MERAH, my favourite colour!
Kalau you all nak tau spesifikasi handphone ni, sila KLIK SINI.

Pic courtesy of Mr Google :P


 P/s : Thanks Mama. Love you mucho <3<3<3
Adik akan jaga handphone ni baik2.


August 7, 2011

Kisah Gaji, Ibu dan Anak

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni dah masuk hari ke-7 umat Islam berpuasa. Memang masa terasa cepat berlalu. Tup tup, pejam celik, pejam celik, nanti dah nak raya dah. Hehehe (belum pape lagi dah countdown untuk raya...tssskkk). Alhamdulillah, minggu lepas aku dah dapat merasa gaji pertama. Hasil penat lelah (penat lar sangat kan?) selama 2 bulan sebagai promoter akhirnya membuahkan hasil.  Gaji untuk bulan pertama as a part timer takdelah banyak sangat. Dapat lar dalam RM500++. Itupun dah kira syukur sangat sebab tak payah mintak duit belanja dari Abah & Mama. Tak tahu kenapa, aku memang segan kalau nak mintak dengan parents. :P Sebenarnya, memang daripada awal lagi aku dah niat masuk jer first salary, I'm going to treat my family for lunch. Alhamdulillah jugak, niat aku dipermudahkan Allah. So last Sunday, which was a day before we started our fasting month, we went to ECM's Pizza Hut. (Yer..yer..aku tau. Takdelah mahal sangat tempat aku makan tuh. Bragging jer lebih T-T). Nak dijadikan cerita masa dalam kereta, Mama ada bagitau kisah pasal jiran aku. And you know what, it was really surprised me! Alkisahnya, anak jiran aku ni dah tamat degree tapi masih tak bekerja yang setaraf dengan kelulusan die. Aku pun tak pasti sama ada dia memang malas nak cari kerja atau tak dapat keje yang sesuai sebab nyer rasa cam dah lame die ni grad. So, sementara tu si M (bukan nama sebenar) keje kat kedai jual waffle kat supermarket dekat dengan rumah aku nih. Tapi tak lame sangat la die kerja. Ade lar dalam sebulan. Satu hari, si Emak ni pun bertanya dekat si M:

Emak: Awak dah dapat gaji ker?
Si M: Dah.
Emak: Berape gaji awak dapat? (Nak tau ape reaksi anak die??)
Si M: Mak ni sibuk jer nak tau duit poket orang!!!! Semua mende nak amik tau!!! Orang nak simpan duit ni nak pegi holiday!!! (memang serius cakap, si M memang bercakap dalam nada yang sangat kasar).

Si Emak ni pun pergi la mengadu dengan seorang lagi jiran aku ni perihal anaknya. Ibu mane yang takkan terasa hati dgn perbuatan anaknya. Apa yang menjadi persoalan di sini, wajar ke seorang anak bercakap kasar dgn ibunya oleh kerana si ibu bertanya berapa gaji yang si anak dapat setakat jual waffle? Itu belum lagi dapat kerja yang bagus tapi dah berlagak. Padahal, si emak bukan nak mintak duit si M ni pun. Sekadar bertanya jer. Si M ni sedar tak selama ni siapa yang tanggung makan minum kat die? Rumah siape yang die duduk sekarang? Siapa yang bayar duit kereta yang die pakai? Dan siapa yang bayar yuran pengajian masa belajar? Menurut cerita, emak si M ni sanggup pegi kerja naik motor dengan suami sebab takde kereta since dua2 kereta yang ade sume anak2 nye pakai & nak jimatkan kos. Tapi si M ni plak boleh nak tunjuk lagak sebab ada kereta. Itu baru jual waffle, dah jadi berkira dengan mak bapak. Kalu dah jadi pegawai, tak tahu la ape nak jadi. 

Pada pendapat aku, tak salah rasanya kalau seorang anak membelanjakan wang kepada ibu bapanya walaupun sedikit sebab nikmat dan berkat yang kita akan dapat daripada Allah S.W.T jauh lebih besar ganjarannya. Insyaallah, Allah S.W.T akan luaskan lagi pintu rezeki selagi kita berbakti kepada orang tua kita.

p/s: Kisah ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tapi sekadar untuk dijadikan teladan dan pengajaran terutama kepada anak-anak. Tak lupa juga sebagai peringatan untuk diri sendiri. Semoga Allah jauhkan diri aku daripada menjadi anak yang derhaka. Amin ya rabbal alamin.



August 5, 2011

Goodbye Mr. Potter

Hello my dear readers,


Entry kali ini aku nak cerita pasal Harry Potter. As we all know, these series has come towards the end. The last movie from this franchise was Harry Potter and the Deathly Hallows part 2. Sebagai peminat setia, sudah semestinya aku akan mengikuti bab akhir bagi sekuel ni. Alang2, aku amik tiket 3D terus. Biarlah mahal sket, janji puas hati dan berbaloi-baloi XD.



Secara jujurnya, aku memang sedih sebab Harry Potter ni dah tamat. Can you imagine that, I've been grown up together with this movie. I had never missed to watch Harry Potter's movies since I was 13 years old! Sebab nyer, sume pelakon utama dalam filem ni SEBAYA dengan aku!!! Daripada kecik sampai ke besor layan cite nih (I don't mind at all if you would call me CHILDISH or what-so-ever). Cuba tengok kronologi perubahan pelakon2 Harry Potter kat bawah ni:




They are totally grown up & different, aite? Yeah, people do grown up, just like me. NO EXCEPTION at all.

The overview from this movie, what I can say is, Severus Snape was the REAL hero. Dialah sebenarnya orang yang benar2 melindungi Harry Potter walaupun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri. The scene that really touch deep in my heart is during the flashback, when Snape was young. Memang aku tak dapat nak tahan air mata daripada mengalir. Snape cintakan Lily Potter sejak dieorg kecik dan cinta itu dibawa sampai ke mati. Sob3. Masa baca novel tu dulu takde lar aku touching sangat. Alik2 bile tengok movie, kolam air mata ku pecah jua Video kat bawah ni scene masa flashback atau pon Snape's memory (pada sape2 yg blom tgk movie ni, dinasihatkan utk TIDAK menonton video nih. takut spoil the mood nnt)



Anyways, congratulations to J.K. Rowling for making such a GREAT novel and to those who producing these movies. It is one of the BIGGEST phenomenon around the world. Thanks for giving me such a nice memories through out the years, from my childhood to adulthood.

Goodbye Harry Potter, Hermione Granger and Ron Weasley :'(


June 27, 2011

Entri tak bertajuk

 Assalammualaikum w.b.t.


Merujuk pada entry aku yg lepas, Thank you, aku nak bagitau yang sebenarnya ia berkaitan dgn result final aku. Alhamdulillah, I passed all the subjects and I think I'm ready to start my new semester in September and I just can't wait!!! Gembiranya aku, hanya Allah jer yang tahu. Memang tak dapat nak diungkapkan. Even though my result was not so good and not so bad but still, I'm proud with my results and most important, I've made my parents happy with the news. Actually I was damn worried about my PHYSICS because I'm not good in that subject. For your information, it was the "KILLER PAPER" for the last semester. Walaupun aku hanya dapat C+, tapi aku tetap bersyukur sebab aku dah tak payah jumpa subjek ni lagi in the future. Pheewwhhhh XD
Maka dengan ini aku isytiharkan, tamatlah tahun pertama untuk program ijazah. Got 3 more years to go before finishing my degree and it's a long way to go dudes. So I wanna enjoy it till I can =)
Actually, macam-macam aku dah rancang untuk semester baru nanti. One of my plan is to go on holiday with my good buddies. So, aku dah mula menyimpan duit untuk percutian aku nanti. Lokasinya dah ada, cuma tak tahu tarikh jer lagi. Dan inilah salah satu sebab aku kerja supaya boleh support belanja nanti. Jadi, tak payah la aku nak mintak dengan Abah & Mama. Bagus kan aku? kihkihkih

Since I've worked for almost a month, I think I prefer to STUDY rather than WORKING! Truthfully, I'm not enjoying my-so-called-working-experience. Aku rasa macam dah takde "LIFE" sejak mula kerja nih. Masuk petang balik malam. Keje pagi pun still balik malam. Habis kerja, trus balik rumah. You know what I mean, 'aite? It's true when people said that we should enjoy our student's life to the maximum because when we start to work, we're starting to lose the FREEDOM. We are bounded with the ethics, law and so on. Jumpa orang yang mulut jahat dan busuk hati yang selalu menjaja hal keburukan orang lain. Ini sangat-sangat tidak menyeronokkan. So, I've been thinking to resign from my current job and maybe next month would be the last month. Cukuplah rasanya pengalaman kerja yang aku dapat untuk tempoh 2 bulan nanti. Buat masa ni, biarlah aku enjoy masa muda aku untuk study & menghargai orang2 di sekeliling aku sebaik-baiknya sebab peluang ni hanya datang sekali dalam seumur hidup.


p/s : Fokus : Masa belajar, belajar. Masa kerja, kerja. Ada FAHAM? =)

June 26, 2011

X-MEN : First Class

Finally, dapat jugak tgk X-MEN last week with my good buddy, Noraidah and her sis. You know what, the film was AWESOME!!!! Sangat berbaloi untuk menonton nya. You should watch this movie, peeps!
The most anticipated scene was during the battle between the US Army & Russian Army. Plus, the best part was of course, the battle among the mutants. Dengan sound system yang hebat serta jalan cerita yang bagus, nothing can stop you to watch it till the end of the movie. All the elements of suspense, humor, sad are all blended nicely and balance. Dari filem ini juga kita dapat melihat transisi kehidupan Professor Charles Xavier aka Professor X yang dilakonkan oleh James McAvoy sebelum dia lumpuh. His character is not so serious and more jovial than we imagine. Congrats to him for making the film more interesting and humor  =) 
 
Erik Lehnsherr aka Magneto
p/s : Now, I wonder why bad boys always look attractive & charming? Because I like Magneto's younger version played by Michael Fassbender. ♥♥♥
 

June 17, 2011

Thank you!




That's all I can say. I know He's always be with me.
Thank you Allah.


June 14, 2011

Babies are always Adorable!

Assalammualaikum semua...


Entry kali ni nak cerita pasal baby. Walaupun aku ni belum kahwin tapi aku dah ada experience jaga budak atau lebih spesifik, BAYI. Sejak aku sekolah menengah lagi aku dah di'expose'kan cara-cara nak jaga baby. My very first experience is when Nadhirah, my cousin was born in 2001 and next is her brother Imad, born in 2007.  Aku excited jugak actually sebab tak pernah lagi jaga baby seblom ni. Ye lah, aku ni kira anak tunggal jugaklah walaupun aku dilahirkan sbgi kembar dan takde adik-beradik lain =) Ok, berbalik pada cite asal. Best tau jaga baby ni. Dieorang kecik sangat and SO ADORABLE. Bila aku bagi susu botol kat baby dan letak dekat pangkuan, ada satu perasaan halus yang tak dpt nak digambarkan. Lebih2 lagi kalau baby tu genggam jari kite. Tangan baby dah la kecik. Memang sangat2 comel. Bayangkan masa jaga dua beradik, aku dgn kembar, bergilir-gilir bangun tgh2 malam setiap 2 jam utk buat susu. Sampai kadang2 aku bergaduh ngan Syarina sapa nak buat susu. Ye lah, ngantuk kot nak kene bangun tgh2 mlm. Yang paling best time nak mandi baby. Air mandi kena make sure tak terlalu panas atau sejuk. Kirenye kena suam2 kuku la. Pastu, nak pakaikan pampers, baju lagi.. Yang paling aku suka time nak sapu minyak Yuyi cap limau kat perut dan kaki baby takut kene kembung. Suka cium baby yg ada bau minyak ni sbb die wangi. Part paling mencabar diri bile baby "tuuuuttt". Baunya, Tuhan je la yg tahu. Hehehehe ;P Ape2 pon ini mmg good experience for me and it is so PRICELESS and INDESCRIBABLE. Pengetahuan dan ilmu ni mmg takkan dapat kat sekolah atau universiti melainkan bila dah jadi seorang ibu nanti. Almost all my close friends know about them walaupun dieorang tak pernah jumpa. Sebabnya aku selalu cerita pasal budak dua orang ni. Nak tau ape nama panggilan budak2 ni utk aku dgn kembar? Dieorang panggil KAKAK DUA. Mesti korang rasa kelakar kan? Hehehehe. Gambar Nadhirah masa kecik xleh nk upload sbb zaman tu aku xde kamera digital & handphone camera lagi. Nak scan gambar leceh la plak...huhuhuhu. Kat bawah ni gambar Nadhirah dan Imad.

Comel tak saya ?

Saya baru belajar berjalan masa ni..

Orang pakai laptop, saya pun nak jugak ;P

Pakai tudung umi

kat Putrajaya





p/s: I wish Nadhirah and Imad will stop growing. I want them always be my BABY...sob3


June 6, 2011

Complicated nyer!!!

Aku tak suka bila ada perasaan macam ni. Gosh, I don't like it.
I've to move on. He's not for me.
Salah aku jugak. Yang pergi gatal tengok gambar die buat apa?
Kenapa soal hati dan perasaan ni complicated sangat?!!
 Enough with fantasy-thingy Syarini.
Just let me be alone



June 4, 2011

Blog on Leave

 

Hiatus mode is activated until I'm not really busy with my work =)
I'll be back soon.


June 1, 2011

Aku bukan lagi PENGANGGUR

Esok adalah harinya. Hari di mana aku akan mengubah status aku dari PENGANGGUR kepada PEKERJA.
Macam-macam rasa ada. Teruja, gembira, takut, gelisah semua ada. Hopefully, my very first experience being an employee would be the greatest experience ever. Kawan2, doakan segala urusan aku dipermudahkan esok yer =)



Today's activity

Hai bloggers...

Hari ni aku pergi tengok wayang cite Kungfu Panda 2 tapi aku amik yang 3D punyer. Perghhh, memang syok habis la tengok yang 3D! Everything looks real you know? Memang tak rugi la tengok sebab ini pengalaman pertama aku tengok animated movie kat wayang and plus, it is in 3D *I dont mind if u called old-school type... I think I would give my rating view 8/10 for this movie. Sememangnya, panda itu adalah makhluk yang sangat2 COMEL.hehehehehe


Next movie that I really want to watch in cinema is, X-Men: First Class =)




May 24, 2011

Pening + Confuse = ???

Assalammualaikum w.b.t.

Semenjak dua tiga menjak ni, banyak sangat isu HALAL dan TIDAK HALAL diperkatakan. Sampai aku sebagai konsumer pun dah naik pening dan keliru kalau nak pilih bab-bab makanan nih. Hampir semua produk makanan rasa tak selamat (which means in context of halal). Takkan setiap kali pergi kedai makan atau nak beli produk dalam tin semua kena bawak buku panduan halal. Pastu check kod setiap makanan. Kalau macam tu la gayanyer, alamat sampai ke malam la duduk kat pasaraya. Mula-mula dulu isu kat Sushi King kononnya dalam unagi (belut) ada alkohol. Korang da tau yg Muslim pon mkn makanan tu yang pergi letak alkohol tu buat ape?!! Tak letak alkohol tak boleh ker? Sebelum ni mmg aku makan mende alah ni but then aku stop lepas tahu pasal alkohol tu. Ni yang terbaru Secret Recipe pulak. Sila klik SINI dan SINI untuk maklumat lanjut. Aku ni dah la suka makan kek Secret Recipe dan bila dah jadi macam ni, kene la hold niat aku. Lagi satu, regarding FAMOUS-DAN-SEDAP-TAK-HENGAT-MEAT-BALL dekat IKEA.


Aku tak pernah la makan lagi meat ball kat IKEA tapi selalu jer dengar orang cakap meat ball kat situ sedap. Sometimes, ade jugak kawan yg rajin tag aku kat gambar meatball tuh. Tup-tup, aku terjumpa announcement ni dekat Page IKEA Meatballs di Facebook.

Hah, inilah rupa IKEA Meatballs yang aku cakap tuh. Amacam, nampak sedap giler kan??
In conclusion, as a consumer, I feel insecure in choosing foods. Satu lagi, sebenarnya bagaimana pengsijilan HALAL ni dibuat oleh pihak berwajib ? Sebab yang menjadi mangsa adalah orang Islam itu sendiri dan isu ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. 


May 22, 2011

Tahniah buat Diriku

Hello semua...

Semenjak dah seminggu duduk kat rumah ni, aku dah berjaya develop satu lagi kemahiran. Kalau masa zaman sekolah dan masa diploma dulu,

Kemahiran memasak - check!
Menjahit - Cukup sekadar utk di kala terdesak & utk diri sendiri
Mengemas rumah - rutin harian
Memuat turun lagu@movie- mmg da terrer

*kalau tak percaya, tanya housemate rumah sewa aku dulu. Miahahahaha =D

yang paling latest, kemahiran download drama Korea with HQ & English subtitle. Aku sangat berbangga dgn diri aku sebab aku belajar & menguasai skill baru ni tanpa minta tunjuk ajar mahupun bantuan orang lain. It's all on my own efforts. Buat masa ni aku dah download 2 drama dan satu movie Korea.


 Brilliant Legacy / Shining Inheritance
Cast : Lee Seung Gi, Han Hyo Joo

Oh My Lady
Cast : SuJu Siwon, Chae Rim


Death Bell 2 : Bloody Camp
Cast : Kim Soo Ro, T-ARA Ji Yeon

p/s : Orang nak kata aku poyo ke, bragging tak tentu pasal regarding this thing, aku tak kesah.
Blog masing-masing kan?


Takziah buat Mangsa yang Terkorban

Assalammualaikum w.b.t.

Semalam, 21 Mei 2011, negara dikejutkan dgn tragedi tanah runtuh di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat. Tragedi itu juga membabitkan kediaman Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. Seramai 25 orang mangsa tertimbus, 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas mangsa yang terkorban dan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AL- FATIHAH

May 16, 2011

Tanggal 16 Mei 2011


Ucapan Selamat Hari Guru buat semua pendidik-guru2, pensyarah2 yang telah mengajar sejak dari sekolah rendah, menengah,diploma termasuklah sekarang. Jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila.. Not forgotten my wishes to my mama as a mother, a teacher and a wife. I'm really proud of u, Mama <3

May 13, 2011

Assalammualaikum & hello bloggers,

Have you experienced in pressure or losing confidence because of your appearance or specifically your physical? For your information, I used to feel that way because of my body weight. Aku pernah dihina, dikutuk disebabkan hal ni. Sedikit sebanyak mmg mempengaruhi emosi aku. Nak tak nak, aku tetap tabahkan diri aku. But, now I almost got my self confidence back. Wanna know why ? It is because I've lost 6kg from my previous weight! Oh my god, can you imagine that?!! Sebenarnya, bukan senang nak turunkan berat badan. It needs lots of effort, determination and courage.  Rasa macam satu keajaiban berlaku pada diri aku dan aku boleh rasa perbezaannya. Dah lama aku tak rasa perasaan macam ni. My body feels lighter. Adipose tissue shrank. Having more confidence. Rasa seronok sangat especially when people notice the difference *wink3
Sebenarnya berat badan aku naik sejak pindah rumah sewa masa diploma dulu. Mana taknyer, makan ikut sedap tekak. Huhuhuhu ;(



Kat bawah ni sebab2 aku nak lose weight:

1. Desakan diri sendiri & my twin : Ini yg plg penting sebab kalau takde azam yang kuat, confirm takkan berjaya dlm proses losing weight ni. Yang penting, aku nak jadi orang baru. Aku tak nak kena hina lagi. My twin and me always support each other so that both of us can be more healthy. Alhamdulillah, kami masih lagi sihat walafiat

2. Dorongan Abah, Mama : Kalau ikut family history, memang my family ada inherited disease which is diabetes. So, mama dan abah tersangat la risau kalau aku "terkena" penyakit ni masa muda. Potensi utk hidap diabetes adalah tinggi sebab da mmg ade sejarah keluarga. Iyelah, masa remaja nilah banyak dugaan. Ape yg sedap, semua bedal. Cakap jer ape yg tak mkn? KFC, McD, Pizza Hut. Tolak batu kayu jer. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kenalah lose weight. Bak kate omputih, "Prevention is better than cure, aite?".

3. Science and Food Technology : Hah, inilah program yg aku study for degree level! Takkan tak panas telinga kalau orang cakap yang belajar course Food Tech sebab saiz badan kita! Pada pandangan orang, "Patutlah amik Food Tech, tengok badanlah". Korang tak rase kedengaran kurang ajar ke di situ?? One more thing in Human Nutrition subject. Luckily, dlm course ni ade blaja pasal body weight management. So, dari sini jugak aku dapat inspirasi.
I need to lose few more kilo to gain my ideal weight and BMI. Sikit lagi. Hopefully, masa cuti ini aku berjaya capai sasaran. *finger cross

Doakan aku yer kawan-kawan =)

May 11, 2011

Alhamdulillah, I Feel Blessed =)

Assalammualaikum readers...

 First of all, I would like to thanked and feel grateful to Allah S.W.T since I've completed my first semester in UiTM. Yesterday was the last day of the examination.
Terasa masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, pejam celik dah habis satu semester.



I would like to announce that my-4-months-holiday officially starts today!
So, now I AM FREE!!!!

Sebenarnya, ada beberapa berita gembira yg aku nak kongsi dgn sume pembaca blog aku nih.
Yang pertama, pinjaman Yayasan Pahang aku sudah pun diluluskan & dah siap bank-in lgi dlm akaun.
Kayo2 eden cuti nih! 

Yang kedua, permohonan utk petempatan kolej utk semester baru pun dah diluluskan. So, for the second semester I still can stay in the college but the different is, the room is just for 2 person. So, sah2 nyer my twin akan jadi my roomate =)
Bukan senang yer nk dpt duduk kolej sebab ada kwn2 aku yg permohonan dieorg tak diluluskan.
Proses rayuan pulak kene ambil masa. So, I guess that I'm quite lucky, aite?

Yang ketiga, majlis konvokesyen aku akan berlangsung tak lama lagi. Aku terasa bahagia sangat sebab dpt berkongsi hari gembira tersebut bersama famili tersayang dan sahabat handai yg sama2 berjuang semasa diploma dulu. Ini adalah hadiah utk kami semua!!!

Yang ke-4, my ex-lecturer is going to get married and I'm so happy for her. 
Tak sabar nk pergi her wedding.

That's all for now. See you in the next entry.

April 25, 2011

Speed update

Assalammualaikum...

 Right now I'm in exam mood. I had sit for my first paper last week which was the Human Nutrition subject.
Alhamdulillah, aku berjaya menjawab paper ni dengan baik. Yang paling memeranjatkan, semua soalan
daripada previous past years keluar dlm exam kali ni SEBIJIK SEBULAT!!! 
Cuma bilangan soalan jer yang dikurangkan because of UiTM new format for the examination ataupun dipanggil Outcome Based Education(OBE). Carry marks gives 60% while final exam is only 40%.
Actually, there are lots of things need to be settled. Nak bayar yuran konvo, nak wat kajian pengesanan graduan, baju untuk konvo tak beli lagi...~Aigoooo
Tapi, tak kisah la. Most important, I want to focus on my final exam because that's my priority =)
Ni plak exam schedule aku;

credit to my classmate, Siti yang wat jadual utk both groups, ASB2F1 & ASB2F2

PRAY FOR ME & WISH ME LUCK, PEEPS!

Last but not least, aku nak ucapkan berbanyak trima kasih kat sume blogger especially yg jadi my followers. Tak sangka ada orang yg sudi singgah & meluangkan masa untuk baca blog aku yg tak seberapa ni. Kepada stalker2 *(kalu ader la kan) silalah tgglkan jejak anda. So that I can track you back =)

p/s : I'm not taking CHM431as listed in the timetable. Cuma budak2 yg tak dapat PC & fast track jer yg amik. So, sila abaikan :) 

April 20, 2011

"It's better to remove friend than being friend"

"It's better to remove friend than being friend"
Mata tak sakit, hati tak pedih.
Itu yang aku buat dekat "kau".
Aku tak cemburu tapi kadang-kadang terdetik di hati kenapa "kau" buat begitu.
You can be nice or should I say 'over' nice to the others but not to me?
Kau boleh respon dekat orang lain walaupun dia jauh beribu batu jauhnya. 
Tapi aku, kau pandang sepi.

 We used to be in a good friendship. We used to joke around together.
Always compete with each other when we were in high school years.
I tried to be friendly and build up the broken friendship,again. BUT, I guess you never appreciate the chance.
Sebenarnya, aku sendiri pun tak mengerti dan tak ketahui punca keretakan hubungan kita.
So what I can do now is to give up on you. Stop being nice to you. 
Perhaps, that is what you've ever wanted.

Whatever it is, knowing you is one of the GREATEST things that happen in my life.
Terima kasih kerana sudi menyerikan hidup aku walaupun hanya seketika cuma. 
Perhaps, it would be the best option if don't meet in the future because it seems to be awkward to both of us.
Unless, we are destined to meet. Kuasa Allah tiada siapa yang boleh menghalang.

February 17, 2011

Short Update for the Weekend

Ini semua senarai program aku untuk hujung minggu ni :
Program : Wacana Cinta, Agama, Bangsa & Negara - Siri 1
 Date : 18th February 2011 (Friday)
Time : 8.00pm till 10.30pm
Venue : Dewan Agong Tuanku Canselor (bersebelahan Kolej Perindu)
Attire : Baju Kurung
Transportation : Not provided 


Program : Kemahiran Insaniah aka Modul 1
 Date : 19th February 2011 (Saturday)
Time : 8.00am till 6.00pm
Venue : Dewan Kuliah Alfa
Attire :Not sure
Transportation : Not provided 


Program : Kemahiran Insaniah aka Modul 1
 Date : 20th February 2011 (Sunday)
Time : 8.00am till 1.00pm
Venue : Dewan Kuliah Alfa
Attire : Not sure
Transportation : Not provided