My Followers

May 21, 2011

Tolong salah..tak tolong pun salah

Semalam pergi bawak mama pergi klinik sebab demam mama tak baik-baik lagi. Dekat dengan klinik tu ade dua kedai cuci gambar, satu kedai Cina dan satu lagi kedai Melayu. Disebabkan kedai gambar yg pemiliknya Melayu tu yang paling dekat, so my twin pun pi la hantar print gambar konvo kat situ. Masa tu dalam pukul 5 lebih. Kononnya kita ni nak la majukan ekonomi orang Melayu maka kita ni pun pilih la kedai Melayu. End of the story.

Hari ini pulak aku amik mama dekat sekolah dan da on the way balik rumah tu, singgah lah dekat kedai gambar tu nak amik gambar. Masa tu da pukul 1 lebih. Surprisingly you know what ?!! Pakcik kedai tu cakap gambar tak siap lagi!!! Ok, aku agak ke"hanginan" di situ. Pakcik tu pun menambah lagi, nnt amik lepas Jumaat. Aku pun pulang.

Petang, my family except me keluar. Then, dieorang pun pegi kedai tu balik atas tujuan yg sama. But still, orang tu cakap gambar tak siap print jugak!!! Wah, ini sudah lebih. Memang kedai Melayu amik masa betul-betul 24 jam nak siapkan gambar tuh. What the fish!!!
Macam mana kedai Melayu nak maju kalau keje lembap?? Sorry to say, after this no more "kedai Melayu" for picture printing. I rather go to the other one, with the Chinese owner. Kalau orang yang da expert dan ade pengalaman, nak print gambar setakat 100 keping tu mmg xde masalah. Tak merasa la korang duit aku lepas ni sebab buat keje terkedek-kedek, lembap macam kura-kura.

May 18, 2011

Kenapa bila dgn GF/BF,.... tapi bila dgn Parents,... (Part 2)

Kenapa bila dgn GF/BF, cakap punyer lah lembut. Berbisik-bisik. Ibarat lembut gigi dari lidah. Boleh jer terima walaupun mende tu menyusahkan diri sendiri. Demi cinta la katekan *yuckie & eeuuuwwww
tapi bila dgn Parents, boleh membentak-bentak kalau kene suruh wat pape keje. Padahal suh lipat kain, basuh kete jer. Bukan suh pegi bendang ke hape.

Kenapa bila dgn GF/BF, orang sanggup buat ape saje demi menggembirakan hati couple. Beli hadiah macam2. Teddy bear, cincin, handphone baru. Kirenye, segala kemahuan dituruti. Alaa, macam lagu P.Ramlee tuh, "Berkoban apa saja, Harta mahupun nyawa". Takkan tak penah dengar...huhuhuhu
tapi bila dgn Parents, nak kirim duit belanja 50 hengget sebulan pun berkira. Serba-serbi tak cukup. Macam mana nak cukup kalau blanja duit macam air mengalir.

Kenapa bila dgn GF/BF, orang dengan senang2 jer mengalirkan air mata. Senang cakap, murah sangat dengan air mata. Bukan setakat gf, bf pun tangkap leleh. Kawan2 aku yang couple cakap, adat orang orang bercinta mmg camtuh, wajib menangis. Hanya orang yg tak penah bercinta macam aku jer tak tau mende2 camni. Asal gadoh jer menangis. Asal menangis jer gadoh. Aku selalu terpikir, berbaloi ker perempuan menangis disebabkan seorang lelaki yg belum tentu lgi akan jadi teman sehidup semati ?
tapi bila dgn Parents, jarang sgt dengar orang menangis pasal mak ayah ini. Takde pon kawan2 aku cakap, "Aku memang selalu menangis sebab parents aku". Duhhhh

Kenapa bila dgn GF/BF, mereka ini sgtlah mengutamakan couple2 dieorang. Ape yang gf,bf cakap semuanyer benar, melainkan yang benar2 saja. Ajak pergi clubbing, pergi. Couple ajak wat ringan2, buat. Lupe sume batas pergaulan. BF suh jangan pakai tudung, cabut. Amik gambar tak sah kalu tak laga2 pipi. Romantis la katekan (=.=')
tapi bila dgn Parents, orang sanggup ketepikan parents as their priority. Nasihat mak ayah ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Satu habuk kuman pon tak melekat dalam kepala. Menda2 yang dilarang tu la semakin curious nak buat!

Inilah realiti yg aku da tengok melalui pengalaman kawan-kawan. Ada kenalan aku yang aku ingat dieorang ye ye aww jer kekal sampai ke jinjang pelamin, rupa2 nya putus jugak di tengah jalan. Padahal lama giler da couple dan bercinta bagai nak rak. Ibarat peribahasa Melayu, "Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari". *Ewwah2, bersastera pulak aku hari ni* Tapi bila da break up, mula la delete akaun FB, gambar2 habis sume remove. Pastu bile da jumpe pengganti yg baru, upload plak gambar BF baru. Then, bile clash & remove balik "gamba2 kenangan". The rotations keep on going just like the planets rotate in their orbits. Aku respect la orang camni sebab korang rajin upload, delete & upload balik *salute2

May 16, 2011

My Graduation Day

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Istiadat Konvokesyen UiTM ke-74 telah berlangsung dgn jaya dan gilang-gemilang di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 14 Mei 2011. Pada hari tersebut, semua graduan fakulti Sains Gunaan (ijazah & diploma) menerima skrol msg2 drpd Yang Berbahagia Tan Sri Pro Canselor UiTM. Memang perasaan gembira yg tak terhingga dan terlafaz dgn kata-kata. Terutamanya dapat turut sama meraikan hari penting dgn famili tercinta & sahabat handai.














Tanggal 16 Mei 2011


Ucapan Selamat Hari Guru buat semua pendidik-guru2, pensyarah2 yang telah mengajar sejak dari sekolah rendah, menengah,diploma termasuklah sekarang. Jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila.. Not forgotten my wishes to my mama as a mother, a teacher and a wife. I'm really proud of u, Mama <3

May 13, 2011

Assalammualaikum & hello bloggers,

Have you experienced in pressure or losing confidence because of your appearance or specifically your physical? For your information, I used to feel that way because of my body weight. Aku pernah dihina, dikutuk disebabkan hal ni. Sedikit sebanyak mmg mempengaruhi emosi aku. Nak tak nak, aku tetap tabahkan diri aku. But, now I almost got my self confidence back. Wanna know why ? It is because I've lost 6kg from my previous weight! Oh my god, can you imagine that?!! Sebenarnya, bukan senang nak turunkan berat badan. It needs lots of effort, determination and courage.  Rasa macam satu keajaiban berlaku pada diri aku dan aku boleh rasa perbezaannya. Dah lama aku tak rasa perasaan macam ni. My body feels lighter. Adipose tissue shrank. Having more confidence. Rasa seronok sangat especially when people notice the difference *wink3
Sebenarnya berat badan aku naik sejak pindah rumah sewa masa diploma dulu. Mana taknyer, makan ikut sedap tekak. Huhuhuhu ;(



Kat bawah ni sebab2 aku nak lose weight:

1. Desakan diri sendiri & my twin : Ini yg plg penting sebab kalau takde azam yang kuat, confirm takkan berjaya dlm proses losing weight ni. Yang penting, aku nak jadi orang baru. Aku tak nak kena hina lagi. My twin and me always support each other so that both of us can be more healthy. Alhamdulillah, kami masih lagi sihat walafiat

2. Dorongan Abah, Mama : Kalau ikut family history, memang my family ada inherited disease which is diabetes. So, mama dan abah tersangat la risau kalau aku "terkena" penyakit ni masa muda. Potensi utk hidap diabetes adalah tinggi sebab da mmg ade sejarah keluarga. Iyelah, masa remaja nilah banyak dugaan. Ape yg sedap, semua bedal. Cakap jer ape yg tak mkn? KFC, McD, Pizza Hut. Tolak batu kayu jer. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kenalah lose weight. Bak kate omputih, "Prevention is better than cure, aite?".

3. Science and Food Technology : Hah, inilah program yg aku study for degree level! Takkan tak panas telinga kalau orang cakap yang belajar course Food Tech sebab saiz badan kita! Pada pandangan orang, "Patutlah amik Food Tech, tengok badanlah". Korang tak rase kedengaran kurang ajar ke di situ?? One more thing in Human Nutrition subject. Luckily, dlm course ni ade blaja pasal body weight management. So, dari sini jugak aku dapat inspirasi.
I need to lose few more kilo to gain my ideal weight and BMI. Sikit lagi. Hopefully, masa cuti ini aku berjaya capai sasaran. *finger cross

Doakan aku yer kawan-kawan =)

May 12, 2011

Hujan rahmat


Terima kasih Ya Allah kerana menurunkan hujan di bandar Shah Alam. Setelah berminggu-minggu tak hujan, ditambah pula dgn cuaca & suhu panas yg melanda Pantai Barat Semenanjung. Inilah rahmat yang tak ternilai kurniaan-Nya =)




2011 : Korean Drama

Assalammualaikum & Hello bloggers!

Hari ini post terbaru aku akan menyentuh mengenai drama2 korea yang aku dah tonton sejak awal Januari hinggalah ke bulan Mei 2011. Apa yg aku boleh ulas kat sini, semua drama best2 belaka & because they caught my eyes to stick in front of my laptop till the last episodes...Hahahaha ;) Mind me, peeps... Aku juga nk share & suggest cite2 yg aku da tonton dan bakal ditonton. Don't worry kerana semua drama ni dijamin best tahap petala kelapan & aku hanya recommend hanya yg terbaik dari ladang..Cewwaahhh ;P

Recommended:

  
Secret Garden
Cast : Hyun Bin, Ha Ji Won, Kim Sarang, Yoon Sang Hyun

Dream High
Cast : 2PM (Taecyeon, Wooyoung), IU, T-ara Eunjung, Miss A Suzy, Kim Soo Hyun

 
My Princess
Cast : Song Seung Hun, Kim Tae Hee, BEAST Lee Gik Wang

Soon-to-be-watched:

Paradise Ranch
Cast : TVXQ Changmin,Lee Yeon Hee

Soon-to-be-aired:
City Hunter
Cast : Lee Min Ho, Park Min Young, KARA Goo Hara
 
Goodbye Miss Ripley / Ripley
Cast: JYJ Micky Yoochun, Lee Da Hae, Kim Seung Woo 

Sape yg tgh cuti, bolehlah luangkan masa utk tgk drama2 ni especially student yg cuti 4 bulan, ibu2 yg tgh berpantang & pekerja2 office etc.

That's all for now. Ciao =)



May 11, 2011

Sneak peek: My 1st Convo!

There are 3 days left before my first convocation. The event will be held in Dewan Agong Tuanku Canselor in UiTM Shah Alam. I'm so excited since this is my first time. So, if you wanna see more pictures & see me dress in convocation robe, stay tune for my updates, ok?

Till then, ciao  =)

Alhamdulillah, I Feel Blessed =)

Assalammualaikum readers...

 First of all, I would like to thanked and feel grateful to Allah S.W.T since I've completed my first semester in UiTM. Yesterday was the last day of the examination.
Terasa masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, pejam celik dah habis satu semester.



I would like to announce that my-4-months-holiday officially starts today!
So, now I AM FREE!!!!

Sebenarnya, ada beberapa berita gembira yg aku nak kongsi dgn sume pembaca blog aku nih.
Yang pertama, pinjaman Yayasan Pahang aku sudah pun diluluskan & dah siap bank-in lgi dlm akaun.
Kayo2 eden cuti nih! 

Yang kedua, permohonan utk petempatan kolej utk semester baru pun dah diluluskan. So, for the second semester I still can stay in the college but the different is, the room is just for 2 person. So, sah2 nyer my twin akan jadi my roomate =)
Bukan senang yer nk dpt duduk kolej sebab ada kwn2 aku yg permohonan dieorg tak diluluskan.
Proses rayuan pulak kene ambil masa. So, I guess that I'm quite lucky, aite?

Yang ketiga, majlis konvokesyen aku akan berlangsung tak lama lagi. Aku terasa bahagia sangat sebab dpt berkongsi hari gembira tersebut bersama famili tersayang dan sahabat handai yg sama2 berjuang semasa diploma dulu. Ini adalah hadiah utk kami semua!!!

Yang ke-4, my ex-lecturer is going to get married and I'm so happy for her. 
Tak sabar nk pergi her wedding.

That's all for now. See you in the next entry.

May 4, 2011

Saranghae 2PM

Well peeps, like the title above, all KPOP fans I bet, knows the meaning. But never mind. Since I'm kindhearted person,I'll translate it for you who don't know the meaning. Actually "Saranghae" means "I Love You". I am so into this group since the first time I heard their songs. Back in early year of 2009, I started to recognize 2PM. They debut in 2008 with first single "10 Points Out of 10 Points" or in Korean "10 Jeom Manjeome 10 Jeom". 2PM ni adalah salah satu dari 2 subgroups branched out daripada 11 orang ahli  (sebelum leader Jaebum keluar) boy band One Day, satu lagi group nama 2AM.


above : 2AM 
below : 2PM


 They are BEASTLY idol =)

Now, current members of 2PM are Junsu, Junho, Nichkhun, Taecyeon, Wooyoung and Chansung. 2PM is so different with other KPOP groups because they are promoting acrobatic dance style. Image dieorang ni pun lain sebab they are promoting more mature image or should I say "manlier" side. Most of them have 6-pax-body-build (one the reason I like them so much). Next, their hit song achieved first No. 1 song with "Again & Again". Seriously, lagu ni mmg berhantu. Asal dengar jer lagu ni, maka secara automatik my body starts to groove,y'all!

So, as a KPOP fan, I suggest to all to listen to their songs. Kebanyakkan lagu 2PM adalah lagu2 HITS di Korea. 










Aku Bukan Peminta Sedekah...

Assalammualaikum...

Pernah tak u all pinjamkan barang u all kat kawan2 or sape2 la, but then dieorang liat sangat nak pulangkan balik? Itu lah masalah yang aku hadapi sekarang. Mungkin sesetengah orang anggap bende remeh-temeh camni pun nak heboh2.. Tapi, masalah nyer orang2 camni la yg tak tau yg aku beli barang tu pakai duit. Bukan kutip & guna daun2 kering yang berguguran ke tanah tu dan duit tu tak jatuh saje2 dari langit yer, kawan2. It needs effort, ya! Aku sanggup kumpul duit dengan kembar aku untuk beli bende tuh. But then, people just take it for granted! Si peminjam ni plak macam takde respons. Aku message kt FB pon x berbalas. Sebelum ni kata "on the way" sekarang "by the way at the highway" pon xde lagi! At least, give me some response and don't act like "tunggul kayu". For your information,
I'M NOT A BEGGAR!!!! 
My parents didn't send me to university untuk meminta-minta macam ni. Ingat aku suka ke nak buat camni?? Tapi, orang macam ni la yang suka provoke aku. Nak tahu lama tak lama orang ni pinjam barang aku ?? Aku boleh cakap duration nyer start drpd orang baru mengandung sampai la dah bersalin. Cuba la korang kira. Mesti tau kan simple math macam ni. Aku sempat pegang bende tuh dlm tempoh 2-3 bulan jer. Based on my experience if the borrower keeps the thing that being borrowed for a quite some time, there must be something wrong somewhere. Mungkin barang aku tu die da rosakkan atau dia suka-suki bagi pinjam barang aku kat orang lain macam barang tu dia yang punyer. I don't know and this is just my assumptions. Kalau tak, kenapa mesti simpan barang aku lama-lama?? Just please, pulangkan balik barang yang anda pinjam and the problem is solved. And if you have manners, if the thing you borrowed from me is broken or you lost it, please replace it or at least pay me back the exact amount. Please act like a mature adult and take responsible for what you've done. Don't make me lose my respect on you!

April 25, 2011

Speed update

Assalammualaikum...

 Right now I'm in exam mood. I had sit for my first paper last week which was the Human Nutrition subject.
Alhamdulillah, aku berjaya menjawab paper ni dengan baik. Yang paling memeranjatkan, semua soalan
daripada previous past years keluar dlm exam kali ni SEBIJIK SEBULAT!!! 
Cuma bilangan soalan jer yang dikurangkan because of UiTM new format for the examination ataupun dipanggil Outcome Based Education(OBE). Carry marks gives 60% while final exam is only 40%.
Actually, there are lots of things need to be settled. Nak bayar yuran konvo, nak wat kajian pengesanan graduan, baju untuk konvo tak beli lagi...~Aigoooo
Tapi, tak kisah la. Most important, I want to focus on my final exam because that's my priority =)
Ni plak exam schedule aku;

credit to my classmate, Siti yang wat jadual utk both groups, ASB2F1 & ASB2F2

PRAY FOR ME & WISH ME LUCK, PEEPS!

Last but not least, aku nak ucapkan berbanyak trima kasih kat sume blogger especially yg jadi my followers. Tak sangka ada orang yg sudi singgah & meluangkan masa untuk baca blog aku yg tak seberapa ni. Kepada stalker2 *(kalu ader la kan) silalah tgglkan jejak anda. So that I can track you back =)

p/s : I'm not taking CHM431as listed in the timetable. Cuma budak2 yg tak dapat PC & fast track jer yg amik. So, sila abaikan :) 

April 20, 2011

Kenapa bila dgn GF/BF,.... tapi bila dgn Parents,... (Part 1)

Kenapa bila dgn GF/BF, orang tak segan silu berpeluk2, berpegang depan kawan2. Siap saja tunjuk2 dengan perasaan bangga.
Tapi bila dgn Parents, orang malu nak cium diaorang depan kawan2. Takut nanti dilabel 'anak manja' or 'anak emak'.

Kenapa bila dgn GF/BF, orang sanggup berhabis duit untuk belanja makan atau hadiah. Sekali melantak sampai 3 set burger McDonald. Yelah nak jaga hati 'laki-tak-rasmi' bermula dari perut la katakan.
Tapi bila dgn Parents, orang selalu berkira nak beli favourite food mak ayah dieorang. Itupun, kalau orang tahu la apa yang parents suka makan.

Kenapa bila dgn GF/BF, orang sanggup topup berkali-kali seminggu. Kiranya kalau topup RM30 tu boleh tahan 2-3 hari jer. Hari2 tanya "U dah makan ke belum?","U sayang I tak". Kalau tak SMS sehari, boleh tercetus World War III.
Tapi bila dgn Parents, selagi mak ayah tak call, selagi itu asyik dok membisu. Tak dengar kabar berita pon.Tak tahu hidup ke mati melainkan bila takde duit. Masa tu cepat jer call nak suruh masuk duit.

Kenapa bila dgn GF/BF, ungkapan "Aku tak boleh hidup tanpa gf/bf aku" ni biasa sangat aku dengar. Satu lagi kalau bf tak makan, dgn gf skali ikat perut.
Tapi bila dgn Parents, orang tak pernah ambik tahu pun kalau mak ayah tu ade duit ke, xde duit ker.. makan ke tak.. Dan tak pernah lagi aku dengar bila orang bercouple ni sebut, "Aku tak boleh hidup tanpa mak ayah aku".

Kenapa bila dgn GF/BF, anniversary atau monthlyversary gf/bf tak penah lupa. Tak pernah tak sambut. Siap buat reminder dalam handphone. Tak cukup hp, kat kalendar tepi katil pun catat jugak. Punye la takut ter"miss" tarikh penting dalam hidup.
Tapi bila dgn Parents, jarang sangat la orang nak ingat anniversary perkahwinan mak ayah. Ucap birthday wish pon dah seminggu lewat. Itupon kalau teringat. huhuhu

"It's better to remove friend than being friend"

"It's better to remove friend than being friend"
Mata tak sakit, hati tak pedih.
Itu yang aku buat dekat "kau".
Aku tak cemburu tapi kadang-kadang terdetik di hati kenapa "kau" buat begitu.
You can be nice or should I say 'over' nice to the others but not to me?
Kau boleh respon dekat orang lain walaupun dia jauh beribu batu jauhnya. 
Tapi aku, kau pandang sepi.

 We used to be in a good friendship. We used to joke around together.
Always compete with each other when we were in high school years.
I tried to be friendly and build up the broken friendship,again. BUT, I guess you never appreciate the chance.
Sebenarnya, aku sendiri pun tak mengerti dan tak ketahui punca keretakan hubungan kita.
So what I can do now is to give up on you. Stop being nice to you. 
Perhaps, that is what you've ever wanted.

Whatever it is, knowing you is one of the GREATEST things that happen in my life.
Terima kasih kerana sudi menyerikan hidup aku walaupun hanya seketika cuma. 
Perhaps, it would be the best option if don't meet in the future because it seems to be awkward to both of us.
Unless, we are destined to meet. Kuasa Allah tiada siapa yang boleh menghalang.

March 22, 2011

Aku Tak Paham...& Cuba Bagi Aku Paham!

Assalammualaikum sahabat2 ku...

Rasenyer tengok dari tajuk post aku kali ini, korang mesti da boleh detect  gaya bahasa dan mood aku. 
Memang aku tak paham dgn sikap sesetengah orang ni & kalau korang paham, silalah bagi aku paham!
Bende ni dah lama ada dalam benak dan fikiran aku, cuma skrg baru nak spill it out. These are my situations;

1. Firstly, kalau aku pergi fakulti naik bas (which means aku tak lah nak berjalan kaki), kau ade masalah ke dgn tabiat aku tuh ? As far as I concern, I had never "menyusahkan" orang lain atau dgn kata lain, mintak ehsan dan belas simpati untuk naik bas tuh. Aku nak kayakan tokey bas Rapid, so ikut hati hempedu aku la. Even my parents never forbid me to use the public transport, so who the hell are you?!!

2.Yes, I admit I love to go to the cafe sebab aku "keropok freak". And SO WHAT! 
kat sini jugak aku nak mempersoalkan, kenapa orang bising, "Kau ni asyik pegi cafe jer". Lagi la aku HOT. Aku pegi cafe pon jadi satu masalah ker??? and once again, I never ask for your money!!!

3. Kes seterusnye, pasal aku basuh kain pakai mesin basuh yg kolej aku sediakan. Dah nama pon facility yang pihak universiti bagi utk student, mesti la aku nak pakai. Takkan nak biar buruk jer mesin tu tercangak kat ground floor tuh. Ok, bagi yg xtau FACILITY means KEMUDAHAN. 

Haih, why I've to deal with all this kind of people? Aku ni tak pernah kisah langsung ape yg kau nak buat dgn duit kau. Ni duit PTPTN da masuk, xde plak inisiatif aku tengok nak pegi beli buku rujukan ke hape. Padahal mende tu la yg penting dan tahu kepentingan buku tuh. Dulu duit lambat masuk, komplen sana sini xde duit la, hape la... Sekarang, duit dah ade taknak plak beli. Tapi ape yg aku buat dengan duit aku plak yg jadi masalah! Aku memang takde hal nak bagi pinjam buku aku tapi kalau orang tu ada duit, tp saje xnk beli, mmg kirim salam la jawab nyer..I don't mind at all if u would call me STINGY or what-so-ever :P